loading...

Melebihi Kuasa Raja Melayu Sultan Johor Diminta ‘Sedar Diri’


3 November lalu, seorang individu memuat naik satu status dilaman sosial Facebook yang meminta Sultan Johor supaya ‘sedar diri’ dengan kuasa undang-undang yang didakwanya melebihi kuasa Raja Melayu.

Memetik artikel Utaranews, individu berkenaan bernama Satees Muniandy yang merupakan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, P.Ramasamy, juga mahu Sultan Johor agar jangan menghalang rakyat mengadakan demonstrasi.

Disamping itu, ahli DAP tersebut juga memberi amaran kepada Sultan Johor agar jangan melampaui batas dengan membuat undang-undang sendiri yang disifatkannya sebagai melangkaui kuasa Raja.

Jelas sekali, perbuatan individu berkenaan bertentangan dengan adab rakyat dan boleh disifatkan sebagai menderhaka kepada institusi DiRaja yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

Pada masa yang sama, ahli DAP tersebut juga terbukti mahu menghasut rakyat Malaysia apabila memuatnaik status berkenaan yang jelas bertujuan menghina Sultan Johor dan mempertikaikan kuasa Institusi DiRaja.


Selain itu, kelakuan sebegini sewajarnya dikenakan hukuman yang berat agar rakyat didalam negara tahu menghormati Institusi DiRaja, dan juga Sultan-sultan Melayu sesuai dengan apa yang tertulis dalam Perlembagaan.

Kejadian ini juga menunjukkan yang pihak pembangkang semakin berani kurang ajar dan menunjukkan sikap besar kepala biarpun berhadapan dengan Raja Melayu yang dihormati serta disanjungi rakyat.

Jika pekara sebegini berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti pembangkang khususnya DAP ini akan memusnahkan ketenteraman dan juga suasana muhibbah didalam negara yang diterajui keharmoniannya oleh Raja-Raja Melayu.
loading...

Catatan Popular